Dari Tapak Kosong ke Rumah Ibadah: Perjalanan Pembinaan Masjid Ini!

VISI
- Melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada Pembangunan Ummah.
MISI
Membentuk generasi yang Rabbani.
Melahirkan generasi Al-Quran yang unggul.
Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Ulum Islamiyyah.
FASA PERTAMA
Alhamdulillah pada tahun 2020 kerja2 yang melibatkan fasa pertama telah siap setelah mengambil masa 3 tahun pembinaan, bermula pada tahun 2017 - 2020 fasa pertama yang melibatkan pembinaan pondok2 penginapan warga emas bermula dan sekarang ini warga emas telah mula belajar disini. Alhamdulillah sesuai dengan matlamat besar madrasah yang bertujuan untuk menyediakan peluang pengajian kepada semua. Hari ini kita dapat melihat madrasah ini bukan hanya dihuni oleh pelajar biasa tetapi turut menerima pelajar warga emas untuk belajar disini. untuk fasa pertama ini pembinaan meliputi surau dewan dan pondok warga emas.
FASA KE-2
pembinaan kompleks asrama pelajar dilengkapi penginapan pelajar, bilik kuliah, pejabat dan bilik mesyuarat. Dimulakan pada awal 2020 mengambil masa 4 tahun dan sekarang ini telah siap dan sedang digunakan.
FASA KE-3
Pembinaaan kompleks tahfiz yg dilengkapi asrama pelajar (aliran tahfiz), Pusat Al-Quran, surau utama (Masjid) telah dimulakan pada september 2024 dan sekarang kerja-kerja pembinaan telah berjalan sebanyak 20%. Untuk kali ini kami merayu sumbangan daripada semua pihak supaya kami dapat siapkan fasa ke-3 ini sepertimana yang dirancang.
Dalam masa yang sama, kami juga sedang membina pondok-pondok tambahan kerana pondok penginapan fasa 1 telah penuh sedangkan permintaan dari warga emas sangat luar biasa. kami terpaksa menolak lebih 50 permohonan kerana penginapan yang ada untuk warga emas dah penuh.
Jom bersama kami kita bagi peluang kepada mereka untuk belajar.
Kompleks Pendidikan Islam dan Kebajikan Darul Zahraa kini dalam proses pembinaan dan memerlukan sokongan anda untuk menjayakan projek ini. Kompleks ini terletak di Kuala Berang.
Wakaf tanah dan pembinaan madrasah ini bertujuan untuk:
Menyebarkan ilmu agama.
Melahirkan generasi ulama.
Membuka peluang saham akhirat kepada umat Islam.
“Selama mana tanah wakaf ini digunakan untuk menyebarkan ilmu dan melahirkan ulama, insyaAllah pahala akan terus mengalir kepada pewakaf dan penyumbang walaupun telah meninggal dunia.”
— Ustaz Mad Kecik
Peluang Tajaan Melalui Wakaf Tanah:
RM50 : 1 lot.
RM100 : 2 lot.
RM500 : 10 lot.
RM1,000 : 20 lot.
Tajaan Yuran Pelajar Miskin: Peluang Berbakti
Bagi yang ingin membantu golongan kurang berkemampuan, Darul Zahraa membuka peluang untuk anda menaja yuran pelajar. Dengan tajaan anda membantu mereka yang tidak mampu mendapatkan pendidikan agama yang berkualiti.
Kos Tajaan Pelajar:
RM50 : Duit saku.
RM150 : Yuran pengajian.
RM300 : Untuk dua orang pelajar.
“Mungkin mereka bukan darah daging kita, tetapi selagi mana mereka beramal dan menyebarkan ilmu hasil tajaan kita, insyaAllah pahala akan terus mengalir walaupun selepas kita tiada.”
Hubungi Kami untuk Maklumat Lanjut:
Bank: Bank Rakyat
Akaun: Darul Zahraa Wa Tarbiyyah
No. Akaun: 1101 7401 03
Hubungi:
011 1339 3788 - Puan Sarah
011 1515 2855 - Ustazah Sofea
Jom bersama kami, kita bina Generasi Al-Quran!